Cara Setup WordPress Secara Automatic menggunakan Cpanel Softaculous

Content

Server maintenance

Kembali lagi dalam blog teknikal website. Antara perkara penting dalam permulaan membuat website adalah setup wordpress. Secara asasnya, kita memerlukan:

  • Installation file wordpress
  • Server (Hosting)
  • Database

Untuk install wordpress secara manual, kita hanya perlu upload folder wordpress ke dalam directory yang kita inginkan dan unzip. Kemudian create sebuah database menggunakan MySql. Setelah itu, anda boleh akses file mengikut url installation anda dan ikuti langkah yang dianjurkan di skrin. Mudah bagi pro, tetapi sedikit sukar untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam pembinaan laman web.

Teknologi telah pun semakin canggih dan pelbagai tools bagi memudahkan kerja telah disediakan. dengan Softaculous, anda boleh install wordpress dengan beberapa klik sahaja. Tidak perlu risau untuk setting secara manual. Ikuti langkah di bawah:

Step 1: Log masuk ke dalam cpanel contohnya di yourdomain.com/cpanel
Step 2: Klik pada searchbox dan type softaculous, kemudian klik pada WordPress Manager By Softaculous
Step 3: Page ini akan list kan semua wordpress website dalam server anda. Klik Install.
Step 4: Isi semua maklumat yang diperlukan. Klik Install.
Step 5: Installation selesai. Anda boleh log masuk ke bahagian wp admin

Kesimpulan

Jika anda familiar dengan setup manual tiada masalah. Kedua duanya membawa kepada installation file yang sama. Dengan adanya softaculous ini, kerja akan jadi lebih mudah dan pantas. Lihat dari sudut yang lebih luas, jika anda mempunyai banyak wordpress site untuk di maintain dalam sebuah cpanel, kini ia menjadi lebih mudah. Jadi, gunakan Softaculous!

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
Studied Engineering and Marketing, built websites for Corporates, SMEs, Institutions, NGOs and Entrepreneurs, assist in business growth through digital initiative

ADM Siri 4 - 24 June

Ebook - Ads Terciduk

RM49.00

Resources Untuk Anda

Let`s Connect!
1