Cara Pengiraan Untung atau Rugi FB Ads Menggunakan Indikator ROAS

Content

fbads-dashboard

Return on Ads Spend (ROAS) adalah sebuah indikator yang boleh membantu sesebuah bisnes mengetahui keberhasilan sesebuah kempen iklan. Ia boleh digunakan sebagai panduan sahaja kerana ukuran sebenar adalah mengikut industri masing-masing. Cara kiraan ROAS sangat mudah, hanya bahagikan Revenue (Hasil) dengan Ad Spend (Perbelanjaan Iklan).  Sila gunakan kalkulator ini untuk mengetahui ROAS anda.

ROAS = Revenue / Ad Spend

Pernah suatu ketika saya mengendalikan sebuah akaun yang menjual produk digital menukar haluan untuk scale up secara tiba-tiba. Jadi klien memberi kata dua, “I give you this amount, you must ensure i get this return”. Keputusan kita bergantung kepada data. Jadi gunakan ROAS sebagai antara indicator dalam membuat anggaran.

Kepentingan Mengetahui ROAS

Sama ada anda sedang merancang atau sedang menguruskan bajet untuk paid ads, anda perlu mengetahui situasi sebenar yang mempengaruhi kos ads anda. Sebagai bisnes owner atau marketer, penting untuk anda membuat data driven decision dan ini dapat dilihat daripada nilai ROAS.

Jika anda mempunyai ROAS di tahap yang bahaya ia merupakan satu tanda bahawa kempen yang sedang anda jalani mempunyai masalah manakala jika anda mempunyai ROAS yang tinggi, anda boleh merancang untuk scale up bajet ads untuk mendapat sales yang lebih tinggi.

ROAS 0 – 2x (Bahaya)

Tahap yang membimbangkan. Terdapat ruang untuk penambah baikan. Anda perlu mengkaji semula strategi ads sedia ada. Antara perkara yang common untuk situasi ini seperti berikut; 

  • Demand & Offer
  • Campaign Objective yang salah
  • Copywriting & Creatives
  • Produk yang low value & quality
  • Target Audience tidak tepat
  • Customer Journey yang berterabur
  • Bisnes model yang tiada hala tuju
  • GAGAL convert cold audience kepada warm audience

ROAS 3x – 4x (Normal)

Tahniah, ROAS anda berada dalam tahap yang normal. Tetapi jangan berhenti di sini, ia bukanlah penanda aras kejayaan. Teruskan membuat improvement kepada creatives dan copywriting suapaya prestasi dapat dinaikkan lagi. Antara signal yang dapat dikenalpasti ialah; 

  • Poster, Video dan Copywriting masih relevan
  • Kadar reach yang bersesuaian (tidak telalu laju atau perlahan)
  • Produk yang diterima oleh masyarakat
  • Susunan funnel yang lengkap
  • Target Audience yang tepat
  • Customer journey mudah difahami

ROAS >5x (Exceptional)

Jika anda mempunyai ROAS lebih daripada 5x, petanda berikut mungkin terdapat pada produk atau servis anda:

  • Viral (Dikecam atau Tidak Dikecam)
  • Produk High Demand atau High Quality
  • Produk High Value – Seperti Property dan Kereta
  • Customer Journey yang efisien
  • Retargetting campaign berkesan
  • Customer support yang cekap
  • Proses bisnes lengkap
  • Email marketing utilized

“Ada bisnes yang dah cecah 10x – 12x lah! Tak heran pun setakat 3x-4x tu!”

Anda perlu faham kiraan ROAS ini adalah bukan panduan yang muktamad dan BERBEZA mengikut industri. Contohnya, jika anda seorang ejen hartanah, pasti kiraan ROAS ini akan berbeza.

Harga rumah: RM1,000,000

Ads spend: RM5000

ROAS: 200x

Contoh jika anda menjalankan perniagaan penjualan kereta:

Harga Kereta: RM50,000

Ads Spend: RM1,000

ROAS: 50x

Penanda aras ROAS berbeza mengikut industri masing-masing. Tetapi konsep ROAS dalam objektif kempen adalah sama sahaja iaitu kita perlu memastikan tahap ROAS berada dalam keadaan yang baik.

“ROAS saya kecil, tapi rasa untung je”

Anda adalah penentu kepada nilai ROAS yang sesuai bagi bisnes anda. Jika anda masih profitable dengan ROAS 1x atau 2x, teruskan tiada masalah. Untuk mengetahui tahap ROAS bisnes anda, anda perlu melihat industrial average bagi produk/servis yang anda tawarkan.

Secara personal, saya selalunya berhubung dengan pemilik bisnes bagi sesuatu produk/servis untuk mengenal pasti ROAS yang sesuai.

PASTIKAN anda membuat perbandingan dengan industri masing-masing untuk mengetahui tahap kerberhasilan ads anda. Mengikut pengalaman saya, panduan ROAS di atas sesuai untuk produk yang berharga RM50-RM1000.

Pasang surut ROAS dalam bisnes

Dalam tempoh masa setahun, pasaran di dunia ini pasti ada naik dan turun. Kebiasaannya akan ada season di mana ROAS boleh mencapai tahap exceptional 5 hingaa 10 atau lebih, dan ada kalanya juga ia boleh turun sehingga di bawah paras 1. Segalanya bergantung kepada strategi dan keadaan market. Di dalam artikel Strategi Ads 4 Musim, saya telah menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan situasi market berdasarkan spending habit di Malaysia. Jadi pastikan strategi ads dirangka lebih awal dan bukan nya bersifat trending atau terburu buru.

Paling penting, minimakan kerugian dengan perancangan yang rapi. Selamat mencuba!

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
Studied Engineering and Marketing, built websites for Corporates, SMEs, Institutions, NGOs and Entrepreneurs, assist in business growth through digital initiative

ADM Siri 4 - 24 June

Ebook - Ads Terciduk

RM49.00

Resources Untuk Anda

Let`s Connect!
1