Pengiklanan di F*B dah tak relevan. T*ktok adalah masa depan yang sebenar (TMDYS)

Content

image-18

“Dah tahun 2023, kenapa cerita pasal FB lagi. Dah tak relevan. Skrg zaman Tiktok bang!”

“FB dah mati la Haziq. Kita skrg nak influencer di Tiktok”.

“Baharom! Stop semua iklan kita di FB SEKARANG JUGA! Pindah semua ke Tiktok Ads!”

Itu lah situasi dari tahun awal 2021, sehingga sekarang. Panik semua bisnes nak buat Tiktok dan pindah semua bisnes mereka dari FB. Ketika itu juga, ramai yang mula komplen FB dah mahal, Cost Per Acquisition (CPA), Cost per Leads (CPL), Cost per Purchase (CPP) dan segala cost yang lain meningkat mendadak. Pada masa yang sama juga, pelbagai teknologi baharu seperti crypto dan metaverse yang ingin di lakukan oleh Zuckerberg memberi persepsi bahawa mereka akan melupakan platform ads dan fokus kepada bitcoin, ethereum, NFT dan yang seangkatan dengannya.

Saya juga turut panik. Ya panik. 2021 adalah kemuncak ads disebabkan kesan dari Covid-19 yang mengubah landskap pengiklanan digital. Jadi ketika itu, kita sudah kurang mendapat margin yang diinginkan kerana peningkatan kos-kos menggunakan FB Ads.

Tak cukup dengan itu, Tiktok pula melancarkan Tiktok Ads dan mula membawa advertiser dari FB menjejakkan kaki ke sana. Sifu-sifu internet marketing pula memarakkan api yang sedang menyala dengan menyatakan:

“Pindah lah ke Tiktok ads sementara masih murah. Ini adalah masa depan”

Saya berpindah. Stop iklan di FB dan terus mulakan Tiktok ads. Platform Tiktok ads ini mempunyai setting yang mirip dengan FB Ads. Sama juga, bermula dengan 3 objektif ads (Awareness, Traffic, Conversion) kemudian setting pixel (nama pixel juga digunakan untuk tujuan yang sama di tiktok ads), dan run ads.

Hasilnya?

Termenung kejap ye.

Respon bulan bintang yang saya harapkan tidak kunjung tiba.

Baik. tidak mengapa. Mungkin salah saya kerana terlalu angkuh dengan ilmu FB Ads yang cetek. Saya terus sign up untuk kelas Tiktok di akademi mereka.

Saya kemudian sambung semula Tiktok Ads. Result?

Kekal sama. Saya pulang semula ke FB Ads.

Bingung kejap. Kenapa semua orang cakap mereka sudah berada di Tiktok. Rasanya hampir separuh populasi rakyat Malaysia yang aktif di FB telah berpindah ke Tiktok.

Saya mulakan research saya dengan mengambil model dari Pilihanraya Negeri Melaka (2021), Pilihanraya Negeri Johor (2021) dan Pilihanraya Umum (PRU 2022) untuk lebih faham mengapa ada perbezaan ketara. Dan adakah betul semua rakyat Malaysia berada dalam Tiktok seperti yang didakwa sesetengah pihak. Saya senaraikan isu-isu di bawah ini;

1. Berbeza Distribution Channel

Terdapat lebih daripada 10 distribution channel atau kita panggil sebagai “Ads Placement” di dalam Facebook seperti Feed, Marketplace, Video Feeds, Right Column, Explore, Shops dan Messenger. Jadi iklan anda akan ditunjukkan dalam pelbagai bentuk pada masa yang tertentu. Teknologi AI dalam Facebook akan mengenalpasti Ads Placement yang terbaik untuk anda dan kemudian fokus yang lebih akan diberikan kepada placement tersebut.

Berbeza dengan Tiktok. Platform video yang terkenal ini hanya menawarkan pengiklanan di “For You Page”. Satu distribution channel untuk keseluruhan platform. Kelebihannya Tiktok akan lebih berfokus kepada pengguna yang tegar dan meluangkan masa yang sangat banyak di dalam platform tersebut.

Penggunaan media sosial juga telah berubah. Dahulunya kita hanya menggunakan Facebook dan juga Twitter. Kita rajin switch antara keduanya. Kemudian datang pula Instagram dan kemudian Tiktok. Pilihan kita semakin banyak dan kita tidak akan selamanya di satu platform dalam sehari. Ya betul. Kegunaan setiap platform adalah unik dan bukan ultimatum kepada social media.

Ada masanya kita menjadi muak dengan Tiktok dan berpindah ke IG untuk melihat stories rakan-rakan. Lepas itu kita ke Facebook pula kerana di sana terdapat info dan perbincangan (termasuk kecam mengecam). Ke kiri atau kanan, kita kekal dalam media sosial. Jadi tiada champion sebenar antara FB dan Tiktok.

2. Time Spend on Platform

Tiktok Video memerlukan seseorang menonton video menggunakan mata dan telinga untuk recevie sesebuah content. Manakala FB dan IG tidak 100% video dimana terdapat pelbagai channel di sediakan. Tak boleh tonton video, boleh baca post, scroll feed, tonton stories, klik pada group atau komuniti dan sebagainya.

Saya bagi contoh, jika kita berada dalam meeting yang panjang ataupun kita sedang menunggu, kita akan melayari media sosial. Yang mana satu menjadi pilihan? Video Tiktok atau Facebook/Instrgam Feed?

Sudah pasti kita akan memilih feed untuk situasi tersebut. Tak perlu ada bunyi, tak perlu masa yang panjang. Boleh scroll dengan cepat.

Saya bagi sebuah analogi. Dalam sebuah Tren LRT, ada 100 orang bagi satu gerabak. Semua sedang menunggu untuk tiba di destinasi dan pastinya semua nya sedang memegang phone melihat media sosial masing-masing. Soalan saya, adakah semuanya menonton memakai earphone dan menonton video Tiktok? Sudah pasti tidak. Akan ada segenap percentage menonton Tiktok manakala segenap yang lain melihat Facebook / Instagram / Whatsapp.

Ini saya nak tekankan. Tiktok bukan ultimatum dalam pengiklanan kerana distribution channel antara kedua-dua platform ini serve a different segment.

3. Capaian Internet Stabil Untuk Load Content

Video content sudah pasti memerlukan data transfer yang pantas dan juga saiz data yang berbeza dengan text dan image. Kadar internet penetration di Malaysia telah meningkat kepada hampir 90% seiiring dengan capaian 4G. Semakin tinggi capaian 4G, semakin mudah untuk pengguna consume content berbentuk video. Ini adalah kelebihan Tiktok.

Dahulu kita struggle dengan Youtube pada zaman-zaman internet 1mbps. Tetapi kini semua telah berubah menjadikan Video adalah content yang menjadi pilihan kebanyakkan pengguna kerana bersifat lebih dinamik. Ditambah pula dengan teknologi Tiktok menjadikan video load kelihatan seamless. Tiada buffer.

Saya sangat-sangat bersetuju. Tidak dinafikan.

4. Active – Passive Viewer

Tiktok video bersifat satu hala. Anda diberikan sebuah content dan dalam masa beberapa saat, scroll atau teruskan menonton. Repeat cycle ini dengan content yang seterusnya sehingga anda bosan. Tetapi teknologi FYP ini boleh membuatkan anda boleh kekal menonton sehingga berjam-jam. Tak percaya? Anda cuba sendiri.

Lama-kelamaan platform ini menjadikan content video sebagai YES or NO. Tiada perbincangan diperlukan. Semakin banyak video yang ditonton, semakin cepat keputusan dibuat.

Hal ini amat-amat berbeza dengan Facebook di mana anda perlu lebih terbuka untuk menerima sesebuah maklumat yang di share di feed anda. Ia adalah disebakan struktur posting di Facebook ada beberapa segment seperti Posting, Content dan Comment. Dalam sesebuah posting, consumption akan menjadi lebih tinggi kerana engagement yang dijalankan hasil daripada posting tersebut akan menjadi lebih panjang berbanding Yes or No di Tiktok.

Anda boleh menjadi aktif dalam Facebook Group dengan memberi pandangan, bertanya soalan dan membantu orang lain yang memerlukan nasihat. Pada saya ini adalah key feature yang amat penting dalam Facebook yang menjadikannya relevan untuk masa yang panjang.

Kesimpulan

Pada waktu ini, kehadiran Tiktok bukanlah untuk membunuh Facebook. Ia lebih kepada option yang baharu dan juga new segment of customer. Secara peribadi, kesemua platform mempunyai keunikan tersendiri. Cara guna dan jenis content berbeza menjadikan kedua dua platform ini amat penting kepada bisnes anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini strategi pengiklanan di Tiktok Ads sangat berbeza dan tidak sama sekali dengan Facebook Ads walaupun setting ads adalah mirip.

Kebanyakkan warga muda < usia 30 tahun lebih menggemari platform Tiktok kerana mereka adalah generasi baharu mempunyai idealisme yang berbeza manakala mereka > usia 30 ke atas lebih berfokus kepada Facebok. Apa-apa pun, bersedia untuk market hari ini dan juga masa depan.

Selamat mencuba!

Belajar Sesuatu? Kongsi Artikel Ini
Haziq Asyraf
Haziq Asyraf
Studied Engineering and Marketing, built websites for Corporates, SMEs, Institutions, NGOs and Entrepreneurs, assist in business growth through digital initiative

ADM Siri 4 - 24 June

Ebook - Ads Terciduk

RM49.00

Resources Untuk Anda

Bantuan
1